Monday, 4 July 2016

CUTI RAYA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Kakak tak sihat harini, ada demam, batuk dan selesema sikit. Dugaan di penghujung Ramadhan. 

Mesti ada yang dan sampai kampung halaman kan. Tengah sibuk anyam ketupat, sibuk pasang langsir baru, bakar lemang. Yang baru nak mulakan perjalanan pulang, hati-hati yer. Biar lambat asal selamat. 

Untuk pengetahuan semua, stok baju kurung preciouslilybynoor dah makin susut. Terimakasih kepada customer yang membeli. Alhamdulillah syukur. Shawl RANIA juga dah habis licin. Terimakasih jua. Myesha shawl masih ada lagi tapi kalau nak order kena tunggu lepas raya. 

Bagi yang ingin mendapatkan baju kurung preciouslilybynoor boleh datang terus ke UMMI MUSLIMAH GALLERY Senawang. Butik akan ditutup bermula dari hari Rabu 6/7/2016 hingga Jumaat 8/7/2016. Butik akan beroperasi semula pada hari Sabtu 9/7/2016. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI PRECIOUS BOUTIQUE
MAAF ZAHIR BATIN

0 comments:

Post a Comment